Bab 7 – “Jemputan-jemputan Membazir Itu”
Setelah melangsungkan akad nikah, seseorang perlu mengumumkan pernikahannya, i’lan,
agar masyarakat mengetahuinya. Melalui walimah, pengantin yang baru
menikah memberitahu kepada orang ramai, menyatakan rasa syukurnya
atas rezeki yang dikurniakan Allah padanya, serta memohon doa
agar pernikahan yang baru sahaja dilangsungkan dibarakahi oleh Allah dan Allah redha kepada keluarga baru itu beserta seluruh keturunannya kelak.
Allahumma amin.
Pada masa dahulu, orang memberitahu
kepada masyarakat dan sanak-saudara secara lisan. Mereka kemudian
memberitahu kepada orang lain dan siapa sahaja yang ditemui, jika pihak
yang mengadakan walimah mengizinkan. Selain masyarakat umum, ada
orang-orang yang dijemput secara khusus. Menjemput dengan cara ini,
lebih dekat dengan silaturahmi dan lebih dekat dengan kesucian hati
serta kebersihan niat.
Zaman kemudian berkembang, orang semakin
sukar menyediakan waktu jika tidak diberitahu jauh lebih awal secara
bertulis. Kesibukan masing-masing, baik orang yang menjemput mahupun
yang dijemput, menjadikan jemputan bertulis lebih praktikal. Melalui
jemputan bertulis, ia lebih memungkinkan untuk menjemput lebih
ramai orang.
Setelah jemputan bertulis marak
digunakan, mulai ada pergeseran. Jemputan bercetak tidak hanya dilihat
pada fungsi asalnya untuk memberitahu orang. Ada sejumlah hal yang
kemudian masuk ke dalamnya. Asalnya sekadar supaya tidak kelihatan
terlalu ringkas, sehingga orang berusaha membuat rekaan kad jemputan
supaya kelihatan lebih menarik dan anggun. Pilihan kertas juga demikian,
semakin berkembang.
Selagi mana semua itu masih ada
fungsinya, sepanjang kefahaman saya masih tidak ada masalah. Hanya
sahaja, saya kemudian mulai bertanya ketika melihat jemputan-jemputan
pernikahan yang mewah dan lebih banyak fungsi hiasannya. Atau, malah
fungsi prestij. Jemputan-jemputan itu dicetak di atas kertas yang jauh
melebihi keperluan. Ada terlalu banyak hiasan yang tidak ada fungsi,
kecuali sekadar keunikan dan kekhususan. Padahal, selepas itu
jemputan-jemputan itu dibuang ke tempat sampah. Kertas yang biasanya
bertuliskan ayat suci Al-Qur’an, surat Ar-Rum ayat 21 itu, bercampur
dengan sampah-sampah lain yang siap untuk diangkut tukang sampah.
Saya sempat berfikir, apakah jemputan yang seperti ini tidak
membazir? Membuat sesuatu yang jauh melebihi keperluan, kertasnya
kadang-kadang sampai berhelai-helai yang ditampal-tampal, padahal hanya
dibaca sesaat. Sesudah itu tidak berguna lagi.
Ironi sekali. Jemputan-jemputan membazir itu justeru banyak yang berasal dari kita yang beragama Islam. Bahkan dari kita yang kelihatan sangat ghirah keagamaannya.
Saya bukan hendak mengajak Anda untuk bersikap kaku dengan tulisan ini. Tidak. Kita melihat realiti sekarang bahawa kemunculan jemputan bercetak hampir-hampir mustahil untuk dihapuskan. Sehingga jemputan itu mempunyai fungsi untuk menyampaikan berita, untuk i’lan (mengumumkan) atas peristiwa membahagiakan. Melalui jemputan, kita lebih memungkinkan untuk mengajak ramai orang.
Melalui tulisan ini, saya hendak mengajak untuk kita berfikir sejenak, sehingga kita dapat mengelak pembaziran. Tetapi, kita juga menjauhkan diri dari sikap terlalu bakhil. Pembaziran banyak lahir dari sikap israf (berlebih-lebihan), sedangkan sikap bakhil (kikir, terlalu mengurang-ngurangkan) menjauhkan kebaikan.
Langkah ini dapat dilakukan dengan mencegah diri dari menggunakan jemputan bercetak yang berlebih-lebihan. Jemputan boleh jadi tetap menarik, tetapi tidak berlebih-lebihan dalam penggunaan kertas dan hiasan.
Menjauhkan pembaziran juga boleh dilakukan dengan memberi manfaat tambahan pada kad jemputan yang dicetak. Misalnya, dengan memaksimumkan fungsi seluruh kertas yang ada. Sehingga selain bermanfaat untuk menyampaikan jemputan walimah, juga bermanfaat untuk dakwah dalam jangka masa panjang. Bukan yang dilihat sekali, kemudian terus dimasukkan ke dalam tong sampah.
Memberi manfaat lebih ini dilakukan dengan membuat rekaan pesanan-pesanan maslahat. Boleh juga dengan menyertakan fungsi lain yang diperlukan orang, kalendar misalnya. Boleh juga jadual zakat. Atau, Anda boleh menambahkan jadual solat untuk daerah tempat walimah dilaksanakan yang mudah dibawa kemana-mana. Manakala lebihan kertas yang ada boleh dimanfaatkan juga dengan membuat rekaan penanda buku sekaligus mengisinya dengan pesanan maslahat.
Masih banyak sentuhan lain yang dapat diberikan. Anda dapat memikirkan peluang-peluang itu agar undangan tidak terlalu membazir. Semoga dengan demikian, lebih dekat kepada barakah dan redha Allah. Dengan demikian syaitan tidak mempunyai kesempatan untuk menimbulkan pembaziran.

Mudah-mudahan ikhtiar kita untuk menjadikan berbagai-bagai langkah selama proses pernikahan dengan sesuatu yang bermanfaat dan maslahat, menjadikan pernikahan kita barakah, sakinah mawaddah wa rahmah. Semoga kelak Allah mengurniakan keturunan yang memberi bekas kepada bumi dengan kalimah laa ilaaha illaLlah.
Mohammad Fauzil Adhim(Kado Pernikahan)
0 komentar:
Posting Komentar